Get the Flash Player to see this rotator.

My Writings. My Thoughts.

A wedding photographer story [PART 2]

// September 1st, 2010 // No Comments » // July 2008

Nowadays, everybody can afford to own a DSLR. Mana-mana majlis yang aku hadiri pasti akan terselit bukan sorang dua tapi ramai so called ‘photographer’ ini. Aku tiada masalah dengan kehadiran mereka. This world not own by me and thats not even my reception event…heheheh. Cuma yang hendak dikatakan di sini, attitude mereka ini yang kadang-kadang yang agak over shadow official photographer on that day. Tahap kesabaran agak tercabar bila ada yang dengan selamber nya blocking my view. Tercabar di sini bukan kerana kreativiti mereka yang pandai mencari angle tetapi tercabar dengan sikap mereka-mereka ini yang agak bodoh dalam perhubungan sesama manusia. I know u are a good friend of the bride or maybe relative mereka tapi itu tidak meng’halal’kan segala perbuatan korang. Respeklah sesama manusia, dan jangan lupa diri bahawa kami ini ‘dibayar’ ribuan ringgit oleh pasangan pengantin untuk merakamkan detik penting dalam hidup mereka ini dan jika kami tidak dapat melaksanakan tugas diberi dengan sebaiknya disebabkan kerakusan anda-anda yang hendak menunjuk pandai ini, bagaimanakah reaksi client kami ini?

Owning a DSLR doesn’t mean u are a photographer. Owning a studio will not make you a professional. Either u into this full time or part time, your work are judge by your client, their friends and familys dan bukan syiok sendiri by self-claim you are a good professional photographer with big & expensive DSLR & lense, working your ass out from your so called studio.

A good photographer adalah seorang yang down-to-earth type of person yang tak pernah claim mereka adalah profesional dalam bidang ini, low profile with high knowledge and experience dan dalam diam-diam menghasilkan gambar yang superb, extraordinary dan lain daripada yang lain. Diam-diam ubi…berisi.

Since Pixelworks ditubuhkan, ramai yang telah diberi peluang berkembang dengan nama ini. Daripada mereka yang tak tahu apa-apa, gambar kuning semacam sehinggalah tahu bermain dengan cahaya ibarat seorang ‘player’ wayang kulit. Ada yang masih kekal, ada yang telah ‘mengembangkan’ diri sendiri dengan jenama masing-masing dan ada juga yang telah disingkirkan. When we play with a lot of money in hand, pastinya ada yang tak senang duduk. Tapi rezeki itu dari Allah S.W.T dan jika kita ikhlas bila bekerja, jauhkan dari hasad dan dengki…Insya Allah pasti ada bahagian untuk kita nanti.

promo

A wedding photographer story [PART 1]

// August 24th, 2010 // No Comments » // July 2008

How we get so far in a short period of time:

Started as a hobby. Passion itu datang dengan sendirinya kalau kita buat kerja yang kita suka. Dalam masa yang sama, perlu mencari nafkah untuk menyara keluarga. Kesusahan hidup menambah lagi kreativiti, bagaimana caranya mencari rezeki dengan membuat kerja yang kita tahu…yang kita minat.

Pernah juga mengetuk pintu ke pintu butik2 pengantin di lembah klang. Persis kucing kurap, sebelah mata jer kebanyakkan mereka ini memandang ketika itu. Bermacam2 syarat yang diletakkan mereka, Harga atau pakej sendiri memang bukan pilihan, kita tak berhak menentukan harga tapi ‘akak2′ ini yang meletakkannya sesuka hati. Kita buat kerja, 9 jam berpanas berlari sana sini untuk mendapatkan angle yg kreatif tp cuma 30-40% sahaja yang masuk poket si photographer dan selebihnya masuk beg tangan Gucci ‘akak’2 ini. Bukannya dongeng tapi benar, ramai photographer ‘mak andam’ yang pernah kutemu mengeluh masalah ini. Dahlah upahnya ciput, albumnya kena plak si photographer ini sediakan. Setelah di congak2, tinggallah x sampai rm150 saja untuk si photographer. Sadis,kan?

Itu sebab, kebanyakkan photographer under label ‘akak’2 ini merupakan golongan yang baru beli kamera, student2 photography yang ingin cari duit extra buat belanja aweks yang tak kisah dengan untung rugi apatah lagi kualiti. Bagi mereka, hasil keje mereka sepadan dengan apa yang dibayarlah dan seringkali jawapan yang kuar dari mulut mereka bila terdapat rungutan ialah…”kami tak paksa angpa amik kami!” Akibatnya, yang merana customer2 ‘akak’2…dah spend ribu2 pada baju, pelamin n hiasan sana sini tapi last2 hanya 180kpg gambar sahaja yang dimuatkan dalam cd. 180kpg untuk 9 jam majlis atau dua hari majlis nikah n sanding. Phewww…memang berbaloi yer adik2…

Bila ada peluang, ada kawan2 yang baru ceburkan diri dalam bidang ini selalunya akan aku nasihatkan supaya tidak bergantung pada ‘3rd parties’ ni. Ada yang bole terima tapi ada jugak yang melabelkan PHD pada aku kononnya aku dengki akan job yang banyak mereka perolehi dari ‘akakan’2 ni. Come on laa…kata nak tengok melayu tolong melayu!

Aku tak menghukum semua ‘akak’2 ni, ada jugak yang sudi menolong tanpa sebarang syarat. Ade yang masih berkawan dengan aku hingga sekarang. Alhamdulillah.

Atas desakan hidup ini mendorong otakku mengepam kreativiti menyusun strategi supaya tidak bergantung pada ‘third parties’ yang salah. Ada ramai ‘third parties’ diluar sana yang sepatutnya kita boleh bergantung dan salah satunya dipanggil advertising.

Nak tau bagaimana advertising bole membantu menaikkan brand anda dalam masa yang singkat? Ini bukan strategi yang memerlukan anda ’sengeh’ bagaikan kerang busuk, atau juz terima saja apa yang berlaku atas tiket ”rezeki itu Allah yang kasik” tanpa perlu berusaha. Nantikan sambungannya…

promo

ALL YEAR PROMO~

// August 15th, 2010 // No Comments » // July 2008

Either for family or ?with friends, bergambar di hari raya atau meraikan kegembiraan bersama rakan-rakan ketika majlis konvo…anda pastinya teruja mengabadikan detik-detik manis ini bersama kami di Pixelworks.

It will be FUN, it will be CANDID & definitely it will turn out LIVELY!!!

Pakej ini tertakluk kepada kekosongan jadual kami dan ?hanya cover area Shah Alam atau dalam lingkungan 20km darinya.

Shoot by principal or senior photographer only. This package is not available for couple…yet! :p

Hubungi kami di 012-384 7184 / 03-5519 9502

promo